0

Roti Canai kuah kariapaa....!!!

Posted by | Azlan Aziz | on 9:06 AM

Hari yang tak ada bezanya dari hari2 kerja aku yang biase.. bangun seawal 6.30am, mandi, solat subuh(kadang2 miss jugak sbb terlajak bangun), dan bersiap untuk ke selandar.. menjalankan tugas sebagai penyelia asrama di ILP Selandar merupakan cabaran.. keluar sahaja dari pintu rumah sewa aku, ditemani salakkan anjing jiranku dan sayup2 deruan bunyi angsa jiran yang sama dibelakang rumah.. 35minit perjalanan dari Tampin ke Selandar aku gagahkan setiap hari.. kadang2 memaki jugak aku disebabkan Naza Citra warna biru cair yang 'memecut' selaju 40km/j yang terpaksa aku susur belakangnya dengan Viva 1.0L kepunyaan 'kesayangan hamba' aku.. aku pun tak tau kenapa setiap kali aku melalui jalan ladang gadek ke hutan perca,aku pasti akan terlembab perjalanan aku disebabkan Citra Biru nih.. jalan yang berselekoh sana sini menyukarkan aku untuk memotong,tiap kali itulah aku memaki dalam hati.. "tak de perasaan betul mamat nie,lembab!!org nk gi keje nih..!!"

bezanya hari ini dari sebelumnya..?nothing.......roti canai kuah kari daging menjadi menu tetap aku untuk memaksa perutku bekerja setelah 7jam berehat dari mencerna..sesampai di pejabat,sepi....kadang kala terdengar sayup2 bunyi penyapu digesek pada lantai,iramanya ku serap seakan gesekkan biola Azah, ahli kumpulan Syncro12, band kami ketika aku di UPM dlu.. makcik2 cleaner itulah menjadi peneman aku di pejabat asrama nih.. entah kenapa,kadang2 bunyi penyapu tu lagi menenangkan dari bunyi lagu dalam radio skrg nie...

hari-hari berlalu sama...ibarat roti canai dan kuah karinya...yang tetap akan aku jamah setiap pagi, dulu,kini dan selamanya.........

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 nIgHT hUnnnTer... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Distributed by Blogspot Templates.